Tuesday, January 1, 2013

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan izin Allah Jalla wa 'Ala Paniti Pendidikan Islam SMK Padang Temu telah mengadakan mesyuarat panitia yang pertama pada hari Jumaat 28.12.2012 di Makmal Sains.
Antara agenda mesyuarat tersebut ialah :
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Pelaksanaan e-rekod
5. Rancangan Pelajaran thunan dan Harian
6.Pembentangan Kertas Kerja/Laporan
7. Pelaporan P&P, Pemeriksaan Buku Latihan dan Nota
8. Post Mortem PMR 2012
9. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2012
10. Pentafsiran Berasaskan Sekolah PBS
11. Perancangan Strategik 2013
12. Program Kecemarlangan Tahun 2013
13. Program 'Youth Tutor'
14.Pelaksanaan Rakan Sejawat/Guru Pembantu
15. Belanjawan Panitia 2013
16. Hal-hal lain
17. Penutup

Harapan panitia kepada GPI adalah bekerja dengan penuh ketekunan dan kesungguhan serta memperbetulkan niat pada setiap hari supaya ianya menjadi ibadat dan diterima oleh Allah.
GPI juga hendaklah sentiasa bekerja dalam keadaan ceria dan gembira. Ini kerana pelajar/mad'u adalah amanah Allah. Kepada Allah jualah kita bertawakkal dan meminta pertolongan.



Wednesday, November 7, 2012

Panitia Pendidikan Islam (Guru Pendidikan Islam bersama pentadbir)


Dari kiri berdiri : Ustazah Hamimi Illias, Ustazah Fadilah Ahmad, Ustazah Rohana Abd Rahman Shah,Ustazah Hapizah Mamat
Duduk dari kiri : Ustaz Bukhari Ibrahim, Tn. Hj. Baharuddin Husin (GPK1) Pn. Rosni Leman (Pengetua) Pn. Hjh Hamidah Mohd Said (GPKHEM) En. Ruzalee Jailani (GKMP Kemanusiaan)YM Ustaz Raja Kamaruddin Raja Kadir, Ustazah Hjh Faridah Deraman (Ketua Panitia)

Majlis Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang lepas SMKPT melalui Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan. Antaranya ialah :
1. Ceramah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abd Rahman (AQ3 dan Qari Halaqah tv9)
2. Majlis Tadarus al-Quran
3. Tazkirah sepanjang Ramadhan
4. Majlis Khatam al-Quran

Gambar aktiviti
1. Ceramah Ramadhan











2. Majlis Khatam Quran














Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga Baginda. Alhamdulillah akhirnya blog Panitia Pendidikan Islam SMK Padang Temu dapat diwujudkan. Diharapkan dengan adanya blog ini dapatlah berkongsi segala aktiviti dan maklumat yang dilakukan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKPT. Selamat berkunjung.